Thursday, October 02, 2014

SHAKLEE : Tak Kenal Maka Tak Cinta

Last week memang sibuk. Kesana kesini. Kat dalam kete terdengar dj-dj radio yang glamour ni dok gelak kan MLM. Gy senyum je. Teringat dulu masa kerja..aduh tak suka betul dengan MLM ni. Lagi-lagi ada yang ajak pi meeting2 malam ni. Tapi ada gak terjoin satu tu. Masa tu nak guna sabuh-sabun dia..nak sabun murah sikit. Lupa dah apa nama & tahun bila gy join tu.

So sekarang nape join SHAKLEE?

JAN 2013. Arwah bak gy meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Buat pembedahan July 2012 kat specialist. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Memang sedih & rindu.

Kemudian mula terfikir. What if and only IF I do something different. Kenapa tak perasan selama ni arwah kurang sihat. Selalu fikir mak sihat tak sihat. Nampak arwah bak tu sihat je. Rupanya kita tak tahu kat dalam badan dia. Arwah selalu je mintak gy pijak2 kaki dia bila dia balik dari kebun kelapa sawit masa gy kecik-kecik dulu. Dah tua lagi lah...dia mintak mak picit-picit kaki dia.Lenguh kaki bak. Arwah nampak sihat sebab dia seorang yang cool dan selalu je senyum. Jarang sekali dengar dia merungut. Kenapalah masa tu gy tak terfikir langsung nak belikan bak supplemen... Masa mak tak sihat, laju je gy belikan ...sebab mak beritahu dia sakit-sakit tapi bak tak mengadu apa pun. Rindu yang tak ada akhir. Hati Redha. 

MAR 2013. Sejak arwah pergi, gy punya health concious terlebih sikit. Bila husband beritahu tak sihat...habis gy google..cari simptom2. Pastu Adam plak asyik gatal-gatal mata. Sebelum tu bila wife cousin dok post pasal Shaklee...tak ambik tau pun...dalam hati ntah apa2 lah ni. Memang zero info apa tu Shaklee. Tiba-tiba bulan ni tergatal plak msg dia...tanya supplemen untuk anak ada tak? untuk minda...anak k gy ni main je terror..haha! Dia terus recommend OMEGA GUARD. Hmmm...ada duit lebih sikit...tanya terus SET KURUS ada? So dia recommend LECITHIN, ALFALFA & HERB LAX. Ok lah tu. So bila dia bagitau harga...fuhhh ...untuk seorang housewife ni mmg lah mahal kan...so beli OMEGA GUARD dulu lah...untuk anak2 dulu. Masa tu HERB LAX pun tak de stok. Pastu buat kira2...untuk beberapa bulan ok kot. Bila tanya harga...dia explain harga member vs non member. Ala..join jelah member ...mmg nak beli selalu untuk anak2. tolak-tolak ada beza jugak harga tu lepas discount membership.

MAY - AUG 2013. Wife cousin tu ada gak contact few times ...tanya ok tak SHAKLEE?  Gy cakap OMEGA GUARD tu ok sangat-sangat...sbb allergic Adam makin kurang. Tapi SET KURUS tu tak ok lah. Sebenarnya gy bukan makan sangat pun...asyik lupa je. Pastu paling best gy suka makan nasi lepas 10 malam ...lepas anak2 dah tido. Tenang je makan masa tu. Camne lah nak kurus ...hehe...

JUN 2013. Pi Taman Molek. Nampak branch Shaklee..gatal-gatal singgah. Tengok lapang je ...takde orang pun...tengahari masa tu. Tanya Vitamin C. Sales girl tu cakap..VITA-C dah berbulan tak de kak. Huh??? kata kedai supplemen ...Vitamin C pun takde? Beli kat farmasi jelah. Haha! Masa tu ingat sebab tak de demand tu sebab takde supply. Rupanya selepas beberapa bulan baru tahu...too high demand...masuk je stock...cam nak rak orang beli...kah kah...Rupanya masa tu je lapang..petang je penuh branch tu. Fikir balik ntah apa-apa je gy ni.

JUL 2013. Boring betul baca macam-macam info Shaklee kat group fb ni. Keluar group je lah.

SEP 2013. Terbaca info Shaklee akan mula online OCT 2013. Huh? Macam best je. Anak makan OMEGA GUARD ok sangat2. Gy makan Alfalfa pun ok. Nak jual online lah.
Mula lah contact supervisor tanya camne..apa nak buat...yang paling kelakar tu dia cakap paling banyak info ada kat group fb. Huh??? Gy dah keluar group. Ni malu nak citer ni...gy ckp kat supervisor...tolong boleh tak...request ngan Admin/Master ...gy nak masuk group semula. Haha!! So peringatan untuk you all yang dah terpilih masuk group tu...jangan pi gatal2 leave group....huhuuuuu

OCT 2013. Mula online ordering. Mula-mula tu terkial-kial jugak...pastu fikir...alahai yang lain aku boleh buat ..takkan order pun tak boleh...La...senang rupanya...haha!

So mula dari tu family gy memang amal kan Shaklee. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Dulu asyik baca pasal resepi, interior design, fashion, cara nak didik anak-anak, masa depan investment lah....sekarang tambah sikit pasal kesihatan. Macam-macam buku & majalah gy baca tentang kesihatan diri kita & tersayang...google tu tak yah cakaplah.

Gy sekarang dah jatuh cinta kat VITA C, VITA E, CINCH, ESP, ALFALFA & OMEGA GUARD. 
Anak-anak memang happy ada OMEGA GUARD & VITA C CHEWABLE.
Husband dijadualkan untuk makan AJHT, OMEGA GUARD & DTX ..kadang-kadang CINCH...hehe.

Sesapa nak rasa jatuh cinta kat SHAKLEE ni..boleh contact gy ye. Taknak join dulu tak pe...baca je ..ambik tahu sikit tentang kesihatan kita ye.



Fauziah binti Japar
SID : 905063
Contact no : 012-7640854
Fb : Gy Healthcare Shoppe
Blog : www.fauziahjapar.blogspot.com 

* produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COD - Johor Bahru & Pasir Gudang
POS - Seluruh Malaysia

 

No comments:

Post a Comment