Hi semua !
Hari ni 21 Nov 2014..kat Johor dah mula cuti sekolah. Riuh rendah rumah. Gy masih belum ada exact plan untuk cuti sekolah kali ni. Belum ada apa-apa plan pun nak travel mana-mana. Masih dok menunggu husband confirm cuti dia..huhu.
Anyway, gy nak share gambar-gambar anak2 lelaki gy buat muffin. Sebenarnya gy dah post gambar ni kat fb last week. Tapi ada kawan-kawan pm mintak resepi muffin yang kitorang buat tu...huhu..malu sebenarnya..haha...tapi dah kawan-kawan minta..gy share kat sini..
Biasanya dalam 1 bulan sekali ..gy akan ajak anak2 hands on kat apa2 cake atau cup cakes atau masa masak...tolong mama sikit-sikit.
Tapi kali ni gy suruh diorang buat dari awal..letak gula ..telur..tepung..tak payah pakai mixer..cuma kacau je...tapi tu pun diorang berebut2 jugak . Memang kecoh lah. So of course lah gy kena suruh sorang2...contoh... Kimi masukkan telur ni dgn gula...Adam, masukkan tepung...Amir pulak masukkan baking powder ..Azry masuk esen vanilla...kena suruh sorang2...Nak guna ayak tepung tu pun sorang-sorang nak buat. Quite leceh jugak ...tu sebab gy ajak diorang buat bila gy ada masa lebih dan mood nak mengemas selepas tu banyak..haha!! Kalau tengah penat tak boleh...sebab bersepah tu semestinya.
Ok ni nama anak2 gy...Adam (11 thn), Amir (7 thn), Aqif /Kimi (6 thn) & Azry ( 4 thn)
So bila dah tau umur..boleh bayang kan kecohnya semasa buat...haha
Untuk kali ni we all buat VANILLA MUFFIN.
Untuk hiasan we all tambah chocolate chip ...untuk lagi menyelerakan...hihi...
Bila semuanya dah mix...sorang2 takes turn untuk tuang dalam cup tu...mula2 mest yang 1st..2nd..3rd..4th...lebih mudah macam tu...bila dah siap...sorang2 takes turn untuk letak chocolate chip ...ikut suka ...hihi...
Ni gy share gambar hasilnya muffin tu dan ragam diorang sedang buat..oh ye..share resepi dulu.
Resepi ni gy dapat dari tunang anak sedara gy...Sarah. Thanks Sarah ..for sharing.
RESEPI VANILLA MUFFIN ( 13 cups )
BAHAN A :
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung - masa ni gy tak de minyak jagung...gy panaskan je butter..haha..asal boleh
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula castor
BAHAN B :
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
CARA-CARA
1. Satukan bahan B ( ayak )
2. Bahan A - telur & gula pukul sikit je...asal boleh..haha. Mix semua. Kacau sebati.
3. Tuang mixed A tu dalam B..kacau kaedah kaup balik ( tapi masa tu hero2 gy yang kacau..hehe...takdela kaup balik...terbalik2 adalah diorang kacau )
4. Masuklah dalam cup...
5. Bakar 180 darjah. 20 minit / hingga masak.
Senang je kan...hero2 gy pun boleh buat... :-)
Next time gy share Chocolate Chip & Banana Muffin pulak ye. Selamat Mencuba !!!
No comments:
Post a Comment