Dengan 4 orang anak lelaki yang bersekolah...kat rumah ni ada 8 pasang kasut putih..dan 4 pasang kasut hitam. Memang jenuh lah nak basuh. Kadang2 tu bila diorang baru pakai sehari tengok kasut sekolah putih tu dah jadi kelabu..fikir-fikir tak yah basuh terus kasut-kasut ni pun ok gak...pakai je terus..haha!! tak mungkin lah kan...hehe!
Bila tanya kenapa kotor? kawan-kawan pijak. Yelah tu kan..dia pun pijak kasut kawan-kawan jugak...almaklum bila dah ramai...berebut2..masa rehat main dengan kawan-kawan memang tak kisah kasut tu jadi camne. Tu belum masa Pendidikan Jasmani lagi..main bola..balik rumah bukan kelabu lagi kasut tu...hitam terus !!!
So, gy try lah guna Basic H. Ni hasilnya !!!
Ni belum kapur lagi ni tau !!
Gy rendam 2 hari ...gy gunakan 3 penutup botol Basic H.
Ni gambar hari pertama dan kedua. Nampak kotoran dah
keluar masa hari kedua...so senang lah nak memberus !
APA BASIC H ni ?
Basic H ni merupakan bahan pencuci yang amat membantu kerja rumah. Memang pekat sangat! 16 auns boleh dijadikan sehingga 48 gelen pembersih berkuasa bila dah campur dengan air.
Basic H merupakan pembersih serbaguna & berkuasa untuk hilangkan kotoran.
Berapa banyak nak letak? tengok berapa banyak & apa kotoran yang nak dibasuh...kalau kasut ni boleh je 1-2 penutup. Kalau baju sekolah yang tak byk sgt..gy letak 1/2 penutup je. Kalau nak lap cermin...2 titik cukup dah. Kalau nak mop rumah ..hari tu gy tuang sikit je dalam baldi ..pastu letak air....dahhhh....mudah sangat ! Guna untuk mop tak melekit macam guna pencuci biasa tau ! Memang best ..lagi-lagi untuk suri rumah yang kena kerap mop lantai ni !
TAHUKAH ANDA ?
- Kebanyakan bahan pencuci mengandungi toksin yang boleh meresap melalui kulit atau sistem pernafasan.
- Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
- Bahan pelarut organik merupakan sejenis neurotoksin & bahan yang merengsakan hidung.
- Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.
- Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata & sistem pernafasan.
KEISTIMEWAAN BASIC H -
Tidak mengandungi bahan-bahan diatas dan bahan-bahan bahaya yang lain !
1. SELAMAT
- Tidak bertoksik
- Tanpa gas beracun
- Tanpa bahan kimia berbahaya
- Tanpa bahan pewangi
- Lembut pada tangan
- PH yang seimbang
- Tanpa klorin
2. BERKESAN
- Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
- Kepekatan berganda - 16 auns = 48 gelen
3. MESRA ALAM
- Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung & kelapa
- Tanpa fosfat
- Bungkusan boleh dikitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik & pembentungan
Jom kita bertukar kepada bahan pencuci yang lebih selamat, berkesan & mesra alam.
Nak order? Contact gy segera!
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
FAUZIAH BINTI JAPAR
SID - 905063
Contact No : 012-7640854
Blog : Peace of Mind www.fauziahjapar.blogspot.com
Fb : Gy Healthcare Shoppe www.facebook.com/gyhealthcareshoppe
* NOTE : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment